TIPS

" CARA BELAJAR DI IPT "

PENETAPAN MINDA BELAJAR
Sebagai mahasiswa universiti, harus ada pemikiran berkenaan:


Kenapa aku memilih untuk sambung belajar di ipt dan bukannya terus bekerja di pejabat-pejabat besar atau tolong mak ayah di kampung?
Apa matlamat aku belajar? Adakah untuk memuaskan hati mak ayah atau ingin capai cita-cita aku atau saja untuk memenuhi hobi dan minat belajar.

Oleh itu, tetapkan minda ( mind setting ) dan fikirkanlah matlamat anda belajar di ipt ini supaya terbit rasa seronok dan ada kelainan belajar di ipt

BAGAIMANA ???
Cara belajar adalah bermula dari cara anda mengatur hidup anda.


1. Pembahagian waktu belajar amat penting bagi seseorang pelajar.

2. Penyusunan kerja yang baik juga perlu dilakukan. Seseorang pelajar hendaklah menepati waktu kuliah.
      Jangan selalu malas ke kuliah. 

3. Kecepatan membaca dan memahami isi-isi penting dalam bacaan perlu dilakukan. Anda perlu berlatih  
      membaca cepat dan mencatat isi-isi penting. 

4. Persiapan untuk test atau ujian perlu dilakukan dengan teratur.

5. Segala tugas bertulis harus diselesaikan pada waktu yang ditetapkan.